Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan produk kesihatan ini atau ingin menjadi pengedar bolehlah menghubungi Pn. Kamariah 03-6188 3625, sila layari blog ini untuk melihat peluang perniagaan dan juga produk-produk berkualiti Shuang Hor, terima kasih

Tentang Syarikat


SHUANG HOR MALAYSIA

Dengan bermatlamat menuju ke arah globalisasi, Kumpulan Shuang Hor telah mendirikan cawangan seberang laut yang pertama pada 16hb Ogos 1988, iaitu Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd.. Bidang jualan langsung telah berkembang dengan pesat di Malaysia. Sejak penubuhan Shuang Hor di Malaysia, prestasinya mencapai perkembangan yang stabil pada setiap tahun.
Bersesuaian dengan perkembangan pelan perniagaan, Wisma Shuang Hor yang terletak di Sri Damansara, Kuala Lumpur telah dibeli dan mula digunakan pada 15hb Oktober 2007. Bangunan yang tersergam megah ini terletak di atas tanah seluas 60,000m². Terdapat sebuah dewan perhimpunan bertaraf antarabangsa yang dapat memuatkan 500 orang, beberapa buah bilik seminar dan sebuah bilik multimedia untuk memberi kemudahan kepada para pengedar. Ini juga dapat membentuk asas kukuh Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. supaya menjadi pusat perkembangan syarikat di Asia Tenggara.
Kerajaan Malaysia sangat menitikberatkan bidang jualan langsung dan melaksanakan Akta Jualan Langsung pada tahun 1993. Matlamatnya ialah membentuk satu ruang perkembangan yang sihat dalam bidang jualan langsung, juga untuk mempertingkatkan imej baik para pengusaha jualan langsung. Sebagai sebuah syarikat jualan langsung yang penting dalam negara, Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. berpegang teguh kepada prinsip pengurusan yang jujur dan ikhlas. Di samping mematuhi akta berkenaan dengan sepenuhnya, produk-produk yang berkualiti dan beraneka ragam juga dihasilkan untuk memanfaatkan rakyat Malaysia.
Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. telah menjadi pusat untuk memperkembangkan pasaran secara gigih ke Asia Tenggara. Pasaran Shuang Hor telah berkembang ke Singapura (2002), Brunei (2004) dan Indonesia (2005). Pasaran yang berkembang luas telah membawa peluang perniagaan yang tidak terbatas kepada para pengedar.
PELUANG PERNIAGAAN
Perniagaan Shuang Hor mempunyai kelebihan menyeluruh yang tiada tolok bandingnya:
  1. Tidak perlu melabur.
  2. Tidak perlu menyimpan stok.
  3. Membantu diri sendiri dan orang lain.
  4. Peluang yang sama.
  5. Perkembangan yang tidak terhad.
Perniagaan Shuang Hor mempunyai banyak kelebihan, termasuk produk yang berkualiti, sistem bonus yang adil dan saksama, sistem pendidikan yang kuat dan tunggal, berbagai jenis alat bimbingan yang mudah dan berkesan untuk memperkembangkan perniagaan, pasaran seberang laut yang luas, peluang perniagaan yang tidak terbatas dan kumpulan pentadbiran yang profesional. Semua kelebihan ini dapat membantu memperkembangkan Perniagaan Shuang Hor anda supaya dapat melangkah ke arah kejayaan. Yang pentingnya ialah memberi peluang kepada diri, mengorak langkah kejayaan yang pertama di Shuang Hor. Kehidupan yang sihat, kaya dan bebas sedang menanti-nantikan pencapaian anda!
SISTEM BONUS
Satu perniagaan yang berjaya selain harus mempunyai produk yang berkualiti, sistem bonus yang adil dan saksama juga menjadi faktor terpenting dan galakan kepada pengedar-pengedar untuk mencapai kejayaan. Sistem bonus Shuang Hor adalah berasaskan prinsip keadilan dan kesaksamaan supaya semua pengedar yang ingin menjalankan Perniagaan Shuang Hor mempunyai peluang yang sama untuk mendapat keuntungan.


SISTEM GANJARAN
Selain mempunyai sistem bonus yang adil dan lumayan, Syarikat Shuang Hor juga menyediakan 3 jenis ganjaran yang menarik iaitu seminar luar negeri, anugerah kereta mewah dan bonus tahunan Diamond supaya pengedar-pengedar dapat menikmati lebih banyak ganjaran tambahan di sepanjang proses memperkembangkan Perniagaan Shuang Hor.
Seminar Luar Negeri: Pada setiap tahun, Syarikat Shuang Hor akan menjemput pengedar-pengedar yang layak melancong ke luar negeri dengan percuma sebanyak 2 kali. Impian melancong ke luar negeri dapat dicapai dengan menyertai rombongan Shuang Hor. Selama ini, pengedar-pengedar telah melancong bersama-sama Shuang Hor ke banyak negara termasuk Negeri China, Jepun, Thailand, Itali, Perancis, Switzerland, Australia, Afrika Selatan, Korea dan lain-lain.
Diamond Dihadiahi Kereta : Apabila layak menjadi seorang pengedar Diamond, pengedar akan dihadiahkan kereta mewah.
Bonus Tahunan Diamond: Syarikat Shuang Hor akan mengagihkan bonus tahunan kepada semua pengedar Diamond atas sumbangan mereka dalam Perniagaan Shuang Hor.