Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan produk kesihatan ini atau ingin menjadi pengedar bolehlah menghubungi Pn. Kamariah 03-6188 3625, sila layari blog ini untuk melihat peluang perniagaan dan juga produk-produk berkualiti Shuang Hor, terima kasih

Produk - Penjagaan Kecantikan














AquaSense Total Renewal Cream
Kandungan: Faktor pertumbuhan soya, Ekstrak Klorela, Polipeptida Biokimia, Willowherb, γ-PGA, β-Glucane, Minyak Kacang Hawaii, Shea Butter, Minyak jojoba dan Minyak Pati Neroli.
Keistimewaan:
  • Faktor pertumbuhan soya: Diekstrak daripada plasenta tumbuhan kacang soya, membekalkan nutrien kepada sel, menggalakkan metabolisme.
  • Ekstrak Klorela: Menggalakkan penghidratan kulit, meningkatkan daya pengekalan air di lapisan kulit dalam supaya kulit jernih dan berseri.
  • Polipeptida Biokimia: Mengekalkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan lapisan kulit dalam, mencegah penuaan kulit.
  • Willowherb: Berkesan melegakan alergi kulit, kulit mengelupas, rasa ketat dan gatal-gatal.
  • γ-PGA: Sejenis biopolimer pelbagai fungsi natural yang terhasil daripada penapaian L-Glutamat, daya penyerapan air boleh mencapai 3500 kali, merupakan bahan yang paling berkesan mengekalkan lembapan setakat ini.
  • β-Glucane: Diekstrak daripada dinding sel yis, berupaya meningkatkan daya imun semula jadi kulit, menghalang ancaman ultraungu dan pencemaran udara.
  • Minyak Kacang Hawaii: Mengekalkan lembapan, memulihara belulang, memperlahankan pengoksidaan lemak kulit dan melindungi sel kulit.
  • Shea Butter: Mudah diserapkan, mempunyai kesan penyembuhan, antiradang dan pembaikan yang cemerlang.
  • Minyak jojoba: Dapat mengurangkan tanda-tanda kekeringan, kesat dan kulit mengelupas.
  • Minyak Pati Neroli: Bau yang mendalam dan sedikit manis, minyak ini dapat melegakan stres, menggalakkan penjanaan semula sel, mengekalkan lembapan serta meningkatkan keanjalan kulit.
Cara: Sapukan di muka dan leher dua kali sehari, iaitu pada pagi dan malam selepas langkah pembersihan.

Info: 

Crithmum Maritimum – Ramuan Penjagaan Kulit yang Paling Nadir dan Mahal

Diekstrak daripada sel tunjang bahagian akar dan tunas Crithmum Maritimum, dapat merangsang pertumbuhan sel basal kulit supaya lapisan permukaan kulit dapat mengalami metabolisme yang lebih baik, sekali gus memperkuat fungsi pemulihan kulit, menyembuhkan luka dengan cepat, memudarkan melanin dan memperlahankan penuaan. 















AquaSense Amino Acid Cleanser
Kandungan: Asid Amino, Gliseril Kokoat, 8 jenis sebatian asid amino dan Humektan semula jadi.
Keistimewaan:
  • Sodium Lauroyl Glutamate: Surfaktan asid amino dapat membersihkan semua kotoran dan minyak di permukaan kulit. Selepas dicuci dengan pembersih yang mempunyai ciri luar biasa lembut ini, kulit tidak akan berasa ketat, kering ataupun memedihkan mata.
  • Gliseril Kokoat: Emolien yang dapat mengurangkan kerengsaan terhadap kulit supaya kulit berasa lembut halus dan bersih selepas dicuci tetapi tidak berasa kering atau ketat.
  • 8 jenis sebatian asid amino: Sangat mesra kulit, membersihkan kulit secara lembut, memberikan lembapan wajar untuk membentuk keseimbangan kulit yang sempurna.
  • Humektan semula jadi: Dapat melembutkan lapisan sebum pelindung kulit yang semula jadi, mengisi semula air yang hilang, mengurangkan kekeringan dan ketidakselesaan sambil membersihkan kulit.
Cara: Letakkan sejumlah pembersih yang secukupnya di tapak tangan dan naikkan buihnya, urut secara lembut di bahagian muka dan leher kemudian bilas bersih dengan air. Guna pada pagi dan malam.

Apakah surfaktan Asid Amino?

Surfaktan Asid Amino ialah pembersih yang mempunyai nilai pH yang paling hampir dengan kulit manusia dalam teknologi kecantikan pada masa ini. Dalam persekitaran asid lemah, enzim di permukaan kulit dapat menyumbangkan kesan yang optimum untuk menggalakkan metabolisme belulang yang normal. Ia mempunyai tahap kerengsaan keratin yang amat rendah, anda tidak perlu risau tentang masalah alergi.
Biasanya, terdapat dua jenis produk pembersih asid amino yang berada di pasaran; yang pertama ialah produk yang ditambah asid amino tetapi menggunakan sabun atau surfaktan dengan anion yang mempunyai kuasa pembersih yang kuat sebagai ramuan pembersih utama, yang kedua ialah produk yang benar-benar menggunakan surfaktan asid amino sebagai ramuan utama. Produk yang kedua ialah pembersih asid amino yang benar-benar lembut. Surfaktan asid amino diperbuat daripada asid amino dan asid lemak tumbuhan sebagai ramuan utamanya. Kepekatan surfaktan asid amino juga amat penting, jika kepekatannya terlalu rendah dan dipadankan pula dengan surfaktan yang kuat kerengsaan, maka pembersih itu tidak dapat mencapai hasil pembersihan lembut yang dikehendaki pengguna.
Kelembutan ialah ciri keistimewaan utama pembersih dengan surfaktan asid amino, ia lembut dan tidak merengsakan, membersihkan kulit secara tuntas tetapi tidak merosakkan perintang kulit.

Kelebihan AquaSense Amino Acid Cleanser:

  1. Surfaktan Asid Amino berkepekatan tinggi: Mampu mengurangkan kerengsaan dan alergen yang mungkin timbul akibat penggunaan bahan kimia tambahan.
  2. Kuasa pembersihan yang kuat: Isi krim yang benar-benar pekat dan padat, sedikit sahaja sudah dapat membersihkan kulit secara menyeluruh.
  3. Buih yang lembut dan tumpat: Mudah dilembutkan dengan air, buihnya tumpat dan halus, lebih mudah memasuki pori untuk membersihkan kotoran serta mengemaskan pori.
  4. Daya pengekalan air yang tinggi: Asid Amino mempunyai ciri yang sama dengan kolagen, sebab itu ia mudah bergabung dengan molekul air untuk memberikan kesan pembersihan yang optimum. Kulit dengan daya pengekalan air yang bagus tidak mudah mengeluarkan minyak, maka ia juga berkesan untuk mengawal minyak.













Vcare Makeup Remover
Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Aloe Barbadensis yang sangat pekat, Minyak Jojoba, Alga, timun kecil dan ekstrak Chamomile.
Keistimewaan:
  • Nano-Ganoderma Lucidum: Polisakarida dalam Lingzhi berkesan untuk mengekalkan kelembapan, merapi dan mengaktifkan sel-sel kulit.
  • Aloe Barbadensis: Berkesan untuk mengekalkan kelembapan dan membersihkan kulit, juga dapat membaharui sel-sel.
  • Minyak Jojoba: Mempunyai kuasa resapan yang kuat, dapat membersihkan kotoran di liang roma dengan sepenuhnya, menyeleraskan rembesan minyak di kulit jenis berminyak dan kulit bersifat campuran.
  • Alga: Berkesan membunuh kuman, dapat membersihkan mekap dan kotoran secara lembut, membersihkan liang roma dengan sepenuhnya.
  • Timun kecil: Kaya dengan vitamin C, vitamin B1, garam mineral dan kandungan lain untuk mencantikan kulit. Ia adalah agen pelembapan semulajadi yang dapat membersih, melembapkan kulit serta berkesan untuk merapikan kulit.
  • Ekstrak Chamomile berkesan untuk merapikan kulit.
  • Asid Hialuronik: Dapat membentuk satu lapisan perlindungan di permukaan kulit, mengekalkan kelembapannya 24 jam dan mengekalkan kelembapan sebum natural.
Petua:

Ilmu Menanggalkan Mekap

Bahagian bibir: Titikkan Vcare Makeup Remover di hujung jari, gosokkan gincu di bibir kemudian membersihkan gincu dengan kertas tisu atau kapas mekap.

Bahagian mata: Kapas mekap dibubuh dengan Vcare Makeup Remover dan digosok dengan lembut. Selepas membersihkan mekap di bahagian mata, bersihkan mekap garisan mata, pembayang mata dan maskara dengan menggunakan batang kapas.
Kuantiti penggunaan Vcare Makeup Remover haruslah secukupnya supaya tidak berasa sakit apabila menggosok kulit, kuantiti yang sedikit tidak dapat membersihkan mekap dengan sepenuhnya. Selepas menanggalkan mekap di bahagian bibir dan mata, titikkan Vcare Makeup Remover di bahagian dahi, pipi, hidung, dagu dan leher, kemudian menggosok secara bulatan dari pusat menjalar keluar dengan jari tengah dan jari telunjuk. Selepas kotoran dan mekap melarut sepenuhnya dengan Vcare Makeup Remover, gosokkan dengan kertas tisu atau basuh dengan air.















Vcare Facial Toner
Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Aloe Barbadensis yang sangat pekat, ekstrak Ros, Rosemary, Alga dan timun kecil.
Keistimewaan:
  • Nano-Ganoderma Lucidum: Polisakarida makro molekul, Triterpenes, Adenosina, asid nukleik dan sebagainya berkesan untuk mengekalkan kelembapan dan memberi khasiat kepada kulit.
  • Aloe barbadensis: Dapat merapi, melembut, menenangkan kulit, memperimbangkan nilai pH, menentang radang dan menjaga kelembapan kulit.
  • Ros: Kesan kelembapan terutamanya terhadap kulit yang kering, sensitif dan mula mengalami penuaan adalah sangat menonjol. Ia dapat memperbaiki fungsi mengekalkan kelembapan kulit, berkesan mereda, menenangkan kulit dan menghilangkan radang.
  • Alga: Berkesan untuk menentang bakteria, mempergiatkan metabolisme kulit dan mengekalkan kelembapan.
  • Timun kecil: Kaya dengan vitamin C, vitamin B1, garam mineral dan kandungan menjaga kecantikan kulit yang lain. Ia merupakan agen kelembapan kulit semula jadi, dapat merapikan kulit dan menghilangkan bengkak kulit akibat pancaran matahari.
  • Asid Hialuronik: Berkesan untuk mengekalkan kelembapan, menambahkan kandungan air di kulit dan membersihkan kulit buat kali kedua. Ia dapat memperimbangkan nilai pH, melembutkan kutin supaya khasiat dari produk penjagaan kulit dapat diserap dengan mudah.
Info:

Sebab-sebab kulit hilang kelembapan:

  1. Sinar ultraungu: Kulit yang dipancar matahari untuk jangka masa yang panjang akan menjadi kering dan hilang kelembapan.
  2. Kulit mula mengalami penuaan: Selepas seseorang itu berumur 25 tahun, fungsi mengekalkan kelembapan kulit mula merosot. Apabila kulit mengalami penuaan, elastin dalam dermis mula hilang kenyal, kolagen berkurangan dan hilang fungsi mengekalkan kelembapan. Akibatnya kulit menjadi nipis dan berkedut.
  3. Hawa dingin: Kulit hilang kelembapan dengan cepat kerana suhu dan kelembapan menurun, akibatnya lipid dan kelembapan kulit berkurangan.
  4. Ketidakseimbangan lipid dan kandungan air: Sistem kelembapan semula jadi dalam kulit boleh menghasilkan kandungan kelembapan sendiri, merembes lipid untuk membentuk membran sebum yang dapat menghalang kehilangan air. Penambahan lipid menandakan kandungan air tidak mencukupi dalam kulit, akibatnya kulit menjadi kering di bahagian dalam and berminyak di bahagian luar.
  5. Gaya hidup yang kurang sihat: Tidak tidur dengan lena, tidur lewat, merokok, selalu mandi dengan air yang terlalu panas, kerap terdedah kepada pancaran matahari, kurang minum air, gemar makanan yang bersifat rangsangan dan sebagainya boleh menyebabkan kulit hilang kelembapan, menjadi kasar, malap dan terbentuk garisan halus.













Vcare day Cream (PA++ .SPF15)
Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Aloe Barbadensis yang sangat pekat, Vitamin E, minyak zaitun, ekstrak Chamomile dan Alga.
Keistimewaan:
  • Nano-Ganoderma Lucidum dan Aloe Barbadensis: Dapat membekalkan khasiat kepada sel-sel kulit, melembap dan merapikan kulit.
  • Kandungan TiO2: Dapat menghalang sinar ultra ungu. Ia bersifat lembut, segar dan tidak berminyak, jadi kulit tidak berasa beban selepas menggunakannya.
  • Vitamin E: Dapat melindungi sel-sel daripada dicederakan oleh radikal bebas, mencegah kulit kering, mengelakkan kemerahan kulit muka.
  • Minyak zaitun: Polifenol dalam minyak zaitun berfungsi sebagai anti-oksidan, ia dapat menjadikan kulit lebih licin, halus dan kenyal, menghilangkan kedut, pigmentasi serta mencegah penuaan kulit.
  • Chamomile: Dapat menyegarkan kulit dan memulihkan kemudaan kulit dengan segera.
  • Alga: Berfungsi untuk menentang kuman, menentang keaktifan pengoksidaan, mengekalkan kelembapan dan memutihkan kulit.
  • Asid Hialuronik: Preskripsi untuk mengekalkan kelembapan, mempertingkatkan kuasa pengekalan air dalam kulit.
  • PA++: Berkesan melindungi kulit daripada sinar ultraungu UVA.
Info:

80% Penuaan Kulit Berpunca Daripada Pancaran Matahari

Sinaran Ultraungu adalah perosak kulit yang utama. Penuaan kulit menjadi perlahan sekiranya tiada sinaran ultraungu. Hampir 80% daripada kulit mengalami penuaan disebabkan oleh UVA, kerana ia dapat menembusi epidermis, kemudian meresapi dermis dan tisu subkulitan, merosakkan kolagen dan fiber elastik dalam dermis, menyebabkan kulit hilang kekenyalan, dermis hilang kelembapan, menghasilkan banyak radikal bebas, membentuk pigmentasi dan kulit menjadi longgar. Oleh itu, langkah pertama untuk mencegah penuaan kulit ialah mengelakkan kulit dari pancaran matahari.

Mengenali UVA, UVB & UVC

Sinaran ultraungu dipanggil UV, ia digolongkan kepada UVA, UVB dan UVC. UVA boleh menembusi pakaian, kaca tingkap dan lapisan awan sehingga sampai ke lapisan dermis, ia boleh merangsang pigmen melanin, menyebabkan pengoksidaan dan pigmentasi. UVB biasanya berfungsi di epidermis, menyebabkan kulit menjadi kemerahan atau cedera selepas dipancar matahari, akibatnya kulit menjadi malap. UVC pula diserap terus kerana berada di lapisan ozon, jadi ia tidak dapat sampai ke permukaan tanah.
















Vcare Night Cream
Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Aloe Barbadensis yang sangat pekat, Vitamin E dan B5, minyak zaitun, ekstrak Ginkgo Biloba, Teh hijau dan Alga.
Keistimewaan:
  • Nano-Ganoderma Lucidum dan Aloe Barbadensis: Dapat membekalkan khasiat kepada sel-sel kulit, melembap dan merapikan kulit.
  • Vitamin E dan B5: Kandungan yang berkesan untuk memperbaiki dan melembapkan kulit.
  • Minyak zaitun: Dapat melembapkan kulit tanpa membawa rasa berminyak.
  • Ginkgo Biloba: Menambahkan kemudaan kulit, mencerah dan menyerikan kulit.
  • Teh hijau: Menghapuskan radikal bebas, menentang penuaan kulit.
  • Alga: Menguatkan tisu-tisu kulit dan mengekalkan kelembapan.
  • Asid Hialuronik: Preskripsi untuk mengekalkan kelembapan, mempertingkatkan kuasa pengekalan air dalam kulit.













Vcare Exfoliating Gel
Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Aloe Barbadensis yang sangat pekat, Lavender, ekstrak Hazel, Alga dan ekstrak epal.
Keistimewaan:
  • Nano-Ganoderma Lucidum: Kandungan berkesan Polisakarida, Triterpenes, Adenosina, Asid Nukleik, Vitamin A, B, E dan elemen surih berkesan diserap oleh sel-sel kulit, merapi dan melembapkan kulit secara mendalam.
  • Aloe Barbadensis: Berkesan menyelaraskan kulit, melembut dan menenangkan kulit serta dapat menentang radang.
  • Lavender: Berkesan untuk menyelaraskan rembesan sebum, mempergiatkan pembaharuan sel-sel kulit.
  • Hazel dan Alga: Dapat melembapkan kulit, juga berkesan menenangkan kulit dan mengecilkan liang roma.
  • Ekstrak epal: Berkesan membersihkan kulit secara mendalam.
  • Asid Hialuronik: Membentuk satu lapisan membran perlindungan di permukaan kulit.
  • Gel yang berbentuk lutsinar dapat menghilangkan kutin tua di kulit bahagian muka dan badan secara lembut, ia tidak seperti produk pengelupasan kulit lain yang berbentuk butiran di mana boleh mencederakan kulit.
  • Boleh digunakan 1 hingga 2 kali seminggu mengikut keadaan kulit seseorang. Ia boleh melembap dan melicinkan kulit, mempertingkatkan kuasa penyerapan khasiat dari produk penjagaan kulit.
Petua:

Pengelupasan Perlu Dijalankan Di Seluruh Badan

Pengelupasan harus dijalankan secara sederhana, lembut dan pada masa-masa yang tetap. Kalau dijalankan dengan terlalu kerap atau dengan kuat, ia boleh mencederakan kulit. Kalau kulit cedera atau alah, pengelupasan harus diberhentikan buat sementara waktu untuk mengelakkan keadaan bertambah teruk. Bahagian siku dan lutut paling biasa terdedah kepada persekitar luaran dan sentiasa bergeser dengan pakaian, bahagian-bahagian itu paling mudah menyimpan kotoran dan tertimbun dengan paling banyak kutin. Jadi bahagian itu mesti dibersihkan sepenuhnya, terutamanya harus menjalani pengelupasan. Seterusnya merapi dengan krim penjagaan kulit untuk menjaga kelembutan dan kelicinan kulit di siku.

Petua:

Pengelupasan dapat menghalang liang roma tersumbat.

Terdapat banyak sel kutin di lapisan korneum, semua sel ini tumbuh di lapisan bawah, ditolak ke atas lapisan kutin secara perlahan-lahan, kemudian menjadi tua, mati dan gugur sendiri. Proses itu mengambil masa selama 28 hari. Kalau tidak menanggalkan mekap atau membersihkan kulit secara mendalam atau menggunakan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, rembesan minyak berlebihan atau mengalami penuaan kulit (metabolisme menjadi perlahan), kutin tua tidak dapat gugur secara lancar lalu tertimbun di permukaan kulit, akibatnya liang roma tersumbat, seterusnya menghalang kulit menyerap khasiat dari produk penjagaan kulit, menyebabkan kulit hilang keserian dan menjadi kasar. Oleh itu, pengelupasan kulit pada masa-masa tertentu bukan sahaja dapat memulihkan kecerahan kulit, malah juga dapat memutih dan mencantikkan kulit.

Berapa kerapkah kulit perlu menjalani pengelupasan?

Pengelupasan perlu dibuat pada masa yang tetap untuk memulihkan kelicinan dan keserian kulit, mempergiatkan metabolisme dan memperlambatkan penuaan kulit. Anda boleh menjalani pengelupasan dengan Vcare Exfoliating Gel satu hingga dua kali seminggu. Kulit jenis berminyak menghasilkan kutin dengan lebih cepat berbanding kulit biasa atau kulit kering, jadi pengelupasan sebanyak 3 kali boleh dijalankan dalam seminggu. Bagi kulit jenis bercampur, ia bergantung kepada keadaan kulit, pengelupasan boleh dijalankan lebih kerap di zon T kerana bahagian itu lebih mudah berminyak.















Vcare Eye Soothing Cream
Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Aloe Barbadensis yang sangat pekat, Vitamin E, Alga, ketumbar (Coriander), bijan dan ekstrak kayu manis (Liquorice).
Keistimewaan:
  • Nano-Ganoderma Lucidum: Kandungan berkesan Polisakarida, Triterpenes, Adenosina, Asid Nukleik, Vitamin A, B, E dan elemen surih berkesan diserap oleh sel-sel kulit, merapi dan melembapkan kulit secara mendalam.
  • Aloe Barbadensis: Menambahkan khasiat kepada kulit di sekeliling mata, menghilangkan keletihan mata dan memulihkan kekenyalan kulit.
  • Vitamin E: Menguatkan tisu-tisu kulit, menghilangkan radikal bebas dan berkesan untuk anti-oksidan, juga dapat mencegah kedut-kedut akibat penuaan kulit.
  • Alga: Mempergiatkan peredaran darah di sekeliling limfa mata, dapat mencegah mata bengkak dan gelung mata.
  • Ketumbar (Coriander): Dapat diserap dengan segera, membawa rasa yang segar dan tidak beban selepas digunakan.
  • Bijan: Bijan kaya dengan Vitamin F, ia dapat mencegah kehilangan kelembapan, mengenyalkan kulit di sekeliling mata dan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Ekstrak kayu manis (Liquorice): Merapikan kulit secara mendalam, mempergiatkan metabolisme sel-sel di sekeliling mata, meredakan kulit mata yang kurang selesa, mempergiatkan peredaran darah supaya kulit di sekeliling mata lebih berseri. Ia dapat memulihkan kekenyalan, menghilangkan sarung mata dan menyerikan mata.
  • Asid Hialuronik: Berkesan mengekalkan kelembapan kulit.
Petua:

Melembapkan Kulit Untuk Mencegah Penuaan

Bahagian mata perlu dijaga sepenuhnya dengan produk yang khas untuk penjagaan mata supaya dapat merangsang pembentukan kolagen, memperbaiki garisan halus di bahagian mata, mengenyalkan kulit di sekelilingnya, mempergiatkan peredaran darah, memperbaiki keadaan kulit yang malap supaya kulit di sekeliling mata menjadi kenyal dan kelihatan muda.
Kulit di sekeliling mata akan menjadi longgar sekiranya kita menggunakan mata dengan keterlaluan, tidur lewat atau tidak cukup tidur, akibatnya wajah kita kelihatan lebih tua. Kalau dapat tidur dengan secukupnya, mengurut kulit di sekeliling mata dengan krim penjagaan mata sebelum tidur, maka kulit di sekeliling mata akan menjadi tegang dan berseri pada keesokan harinya. Kita juga akan kelihatan lebih muda dan penuh berseri. Mata ialah bahagian yang paling mudah menunjukkan penuaan. Oleh itu ia juga mesti dijaga seperti menjaga kulit muka kerana penjagaan rapi dapat mencegah penuaan.

Info:


Garisan halus

Ini merupakan masalah mata yang paling biasa. Ketebalan kulit di sekeliling mata ialah antara 0.5mm hingga 0.7mm, taburan lemak di situ juga agak sedikit, kandungan air pula mudah hilang. Garisan halus wujud di sekeliling mata apabila kulit kering. Oleh itu, cara terbaik untuk memperbaiki garisan halus di sekeliling mata ialah menambahkan kelembapan dan merapikan kulit di situ.

Mata bengkak

Mata bengkak berkaitan dengan metabolisme yang kurang baik di sekeliling mata. Mata selalunya menjadi bengkak kalau kita minum banyak air atau minum wain sebelum tidur atau menggosok krim penjagaan mata dengan terlalu kuat.

Gelung hitam

Kapilari darah yang bertaburan di sekeliling mata adalah banyak dan rapat. Darah membekalkan khasiat dan oksigen kepada sel-sel melalui kapilari darah. Sekiranya peredaran darah kurang lancar, sebahagian daripada darah itu akan berkumpul dan tertimbun di kulit bawah mata, menyebabkan gelung hitam. Faktor-faktor yang menyebabkan gelung hitam termasuk peredaran darah yang kurang baik di sekeliling mata, tidak cukup tidur atau rinitis alergi.

Sarung mata

Sarung mata ialah tanda-tanda awal di mana kulit di sekeliling mata mula mengalami penuaan dan menjadi longgar. Ia terbentuk kerana timbunan lemak dan air di bahagian mata, kelonggaran otot di kulit bawah mata atau kulit hilang kekenyalan juga boleh menyebabkan sarung mata. Sesetengahnya juga berkaitan dengan keturunan. Oleh itu, kita harus menggunakan produk penjagaan mata yang dapat menegangkan kulit, mempergiatkan peredaran darah dan membantu metabolisme air di bahagian mata.
















Vcare Refining Serum
Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Aloe Barbadensis yang sangat pekat, ros, teh hijau dan Alga.
Keistimewaan:
  • Nano-Ganoderma Lucidum: Berkesan memerangkap radikal bebas dan mengawal keaktifan Tirosina, mencegah penuaan kulit dan pembentukan pigmentasi.
  • Aloe Barbadensis: Berkesan melembapkan kulit.
  • Nano Asid Askorbik berbentuk L: Sejenis agen anti-oksidan, ia dapat mengawal keaktifan Tirosina dan memutihkan kulit. Kadar penyerapan Nano Asid Askorbik berbentuk L oleh kulit ialah 8 ~ 10 kali ganda lebih kuat berbanding dengan Asid Askorbik berbentuk L. Jadi ia sangat berkesan untuk menjaga kecantikan kulit.
  • Ros: Dapat menguatkan kuasa kelembapan kulit, mengekalkan kemudaan dan kekenyalan kulit.
  • Teh hijau: Kandungan teh hijau berkesan sebagai anti-oksidan, menguatkan kuasa pertahanan kulit untuk menentang penuaan.
  • Alga: Dapat menguatkan tisu-tisu kulit dan mengekalkan kelembapan serta mencegah penuaan.
Petua:

Katakan “Tidak” Kepada Kedut.

Hujung bibir, bahagian leher dan tulang selangka ialah bahagian yang paling mudah mendedahkan usia seseorang, jadi bahagian-bahagian itu juga mesti dijaga dengan Vcare Refining Serum. Esen dari Vcare Refining Serum dapat merapi dan melembapkan kulit supaya mengurangkan garisan penuaan yang berpunca daripada kekeringan kulit.

Info:


Apakah Radikal Bebas?

Oksigen amat penting untuk kehidupan, namun sesetengah oksigen boleh bertukar menjadi radikal bebas dalam sel, kemudian merosakkan sel-sel di sekelilingnya dan menyebabkan penuaan. ”Penuaan” ialah sejenis pengoksidaan secara perlahan-lahan, ia juga digelar ”pengoksidaan”. Prinsip ini sama seperti besi menjadi karat apabila bertemu dengan oksigen, iaitu fungsi keterlaluan ”radikal bebas”.

Radikal Bebas Ialah Penggugat Kulit Yang Menyebabkan Penuaan

Sinar ultraungu di samping menyebabkan kulit hitam, ia juga menjadi faktor utama penuaan kulit. Ia mencederakan kulit secara terus, iaitu mengaktifkan pigmentasi dan mempergiatkan pembentukan melanin. Radikal bebas boleh merosakkan membran sel dan nukleus sel, menyebabkan perpatahan elastin, akibatnya kuasa pengekalan air di kulit semakin merosot dan hilang kekenyalan, kuasa metabolisme turut merosot. Radikal bebas juga boleh membebaskan agen anti-oksidan semula jadi di dalam kulit. Lama-kelamaan, kulit yang kering di peringkat awal mula menjadi longgar, akhirnya terbentuk garisan halus, kedut, hilang keserian dan kecerahan, dan kulit mula mengalami penuaan.















Vcare Revitalizing Mask
Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Aloe Barbadensis yang sangat pekat, Alga, ros, teh hijau, timun kecil, ekstrak orkid dan ekstrak biji anggur.
Keistimewaan:
  • Nano-Ganoderma Lucidum: Kaya dengan Polisakarida dan kandungan khasiat lain yang dapat meresapi kulit secara mendalam, mengaktifkan sel-sel kulit, mencegah penuaan kulit, memperbaiki tisu-tisu dermis, mempergiatkan peredaran darah, mengekalkan ketegangan dan kekenyalan kulit.
  • Aloe Barbadensis: Menguatkan kelembapan dan kekenyalan kulit, berkesan menentang bakteria, meredakan akne dan menyelaraskan rembesan sebum.
  • Alga: Kaya dengan berbagai jenis vitamin dan mineral kecantikan, berkuasa kuat untuk menentang alah, dapat melembapkan kulit yang kasar dan kering secara mendalam, memperbaiki kulit yang malap.
  • Ros: Menambahkan kandungan oksigen dalam kulit dan menguatkan sifat kulit untuk mengekalkan kelembapan, mempergiatkan metabolisme kulit, memperlambatkan penuaan, mengurangkan pembentukan garisan halus dan menyerikan kulit pada setiap masa.
  • Teh hijau: Menambahkan kandungan air secara mendalam supaya kulit menjadi lembap. Ia sangat berkesan untuk menentang bakteria dan radang di bahagian jerawat. Teh hijau mengandungi molekul anti-oksidan yang sangat kuat untuk mengawal kecederaan fibre elastik oleh radikal bebas, memulihkan kesihatan dan keserian kulit yang malap, berwarna kuning dan kurang cerah.
  • Timun kecil: Kaya dengan vitamin C dan B1, berkesan melembut, melembap dan mengenyalkan kulit.
  • Ekstrak biji anggur: Berkesan untuk anti-oksidan, dapat mencegah penguraian dan pertukaran bentuk kolagen, menguat dan mengenyalkan kulit, mengelakkan pembentukan pigmentasi dan mencegah penuaan, memulihkan keserian dan kelicinan kulit.
  • Asid Hialuronik: Menambahkan kandungan air di dermis dan tisu hubungan subkutan.
  • Saiz Vcare Revitalizing Mask yang sederhana dapat merapikan seluruh muka anda. Gunakan 2 hingga 3 kali seminggu selama 15 minit setiap kali mengikut keperluan kulit muka. Keserian dan kehalusan kulit dapat dipulihkan.
Petua:

Memulihkan keserian dan kecantikan kulit dalam masa 15 minit!

Masa penggunaan mask haruslah sederhana iaitu dalam masa 15 hingga 20 minit, tanggalkan mask apabila mask itu sudah hampir 80% kering. Penggunaan yang terlalu lama boleh menyebabkan gatal atau alah. Semasa menanggalkan mask, bermula dari bahagian dagu menggulung mask ke atas secara perlahan-lahan sehingga menanggalkan seluruh mask itu, kemudian sapukan krim penjagaan kulit seperti biasa.