Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan produk kesihatan ini atau ingin menjadi pengedar bolehlah menghubungi Pn. Kamariah 03-6188 3625, sila layari blog ini untuk melihat peluang perniagaan dan juga produk-produk berkualiti Shuang Hor, terima kasih

Produk - Penjagaan Kebersihan














Vcare Daily care Shampoo
Kandungan: Aloe Vera , Ekstrak Mentimun, Ekstrak Alga Merah, Ramuan pemuliharaan istimewa dan Vitamin B5.
Keistimewaan:
  • Aloe vera, Ekstrak mentimun: menjaga kesihatan kulit kepala, memberi lembapan yang optimum kepada rambut supaya rambut cukup lembapan dan tidak menjadi kering atau pecah.
  • Ekstrak alga merah: Mempunyai ciri pelembapan yang kuat, dapat mencegah rambut daripada menjadi kering atau pecah; menambahkan lembapan dan volum rambut, menambahkan kelembutan serta membantu memulihara tekstur rambut yang rosak.
  • Ramuan pemuliharaan istimewa: Dapat membentuk satu lapisan pelindung antistatik selepas rambut dicuci untuk mencegah rambut daripada pecah atau putus.
  • Vitamin B5: Dapat menyuburkan rambut, menjadikannya lembut, licin, sihat dan berseri.
Cara:
Sesuai untuk semua jenis rambut.

Letakkan sejumlah syampu secukupnya di tapak tangan, tambahkan air untuk menaikkan buih kemudian sapu pada rambut yang basah. Urut secara lembut selama 3 -5 minit kemudian bilas sehingga bersih. Untuk mencapai kesan pembersihan yang maksimum, cucilah sebanyak dua kali; untuk cucian kali kedua, sila tunggu beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih.














Vcare Scalp Care Shampoo
Kandungan: Ramuan pemuliharaan istimewa , Vitamin B5, Ramuan Climbazole, Vitamin B3 dan Pudina.
Keistimewaan:
  • Ramuan pemuliharaan istimewa: Dapat membentuk satu lapisan pelindung antistatik selepas rambut dicuci untuk mencegah rambut daripada pecah atau putus.
  • Vitamin B5: Dapat menyuburkan rambut, menjadikannya lembut, licin, sihat dan berseri.
  • Ramuan Climbazole: Ramuan climbazole ditambah untuk menyekat pembiakan bakteria fungus, mencegah kelemumur, memulihkan keadaan kulit kepala yang sensitif.
  • Vitamin B3: Berupaya mencegah keradangan kulit kepala dengan berkesan, memelihara kesihatan kulit kepala, menjadikan rambut kuat dan tidak mudah rosak.
  • Pudina: Kulit kepala berasa segar, selesa.
Cara:
Sesuai untuk semua jenis rambut.

Letakkan sejumlah syampu secukupnya di tapak tangan, tambahkan air untuk menaikkan buih kemudian sapu pada rambut yang basah. Urut secara lembut selama 3 -5 minit kemudian bilas sehingga bersih. Untuk mencapai kesan pembersihan yang maksimum, cucilah sebanyak dua kali; untuk cucian kali kedua, sila tunggu beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih.














Vcare Hair Repairing Serum
Kandungan: Kitin, Ekstrak alga merah dan Minyak zaitun.
Keistimewaan:
  • Kitin: Dapat mencegah pembiakan bakteria fungus, mempunyai kesan antibakteria, menghilangkan bau busuk .
  • Ekstrak alga merah: Mengekalkan kelembapan dan kelembutan rambut.
  • Minyak zaitun: Menyuburkan akar rambut, sifat pelembapannya dapat mencegah keguguran rambut, malah dapat mencegah rambut menjadi kering dan rosak.
Cara:
Sesuai untuk semua jenis rambut, dirumus khas untuk dipakai semasa rambut kering atau basah. 

Guna semasa rambut basah: Ratakan pada rambut basah, biarkan selama 3 – 5 minit kemudian bilas bersih dengan air.
Guna semasa rambut kering: Dipakai seperti perapi rambut, ambil sejumlah yang sesuai dan sapukan pada hujung rambut, tidak perlu dibilas. 














Vcare Foaming Dew
Kandungan: 8 jenis asid amino, Ekstrak Aloe Vera, Ekstrak Likuoris dan Ekstrak Chamomile.
Keistimewaan:
  • 8 jenis asid amino: Ini merupakan asid amino yang menyerupai kulit, iaitu salah satu faktor pelembapan semula jadi kulit, ia dapat melembutkan lapisan belulang, meningkatkan upaya penyimpanan air semula jadi kulit, menambahkan kelembutan dan keanjalan kulit.
  • Ekstrak aloe vera: Dapat melegakan kulit yang sensitif, menghilangkan keradangan serta mempercepat penyembuhan luka jerawat.
  • Ekstrak likuoris: Mempunyai ciri meredakan keradangan dan menggalakkan pemutihan kulit serta memulihkan keadaan kulit sensitif .
  • Ekstrak Chamomile: Meredakan kesan alergi, mengurangkan bintik putih dan jerawat.
Cara:
Sesuai untuk semua jenis kulit.

Tuangkan sejumlah produk ke atas tapak tangan dan naikkan buihnya, sapukan buih itu ke atas seluruh muka dan leher secara lembut, kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Gunakan setiap pagi dan malam.














Vcare Shower Gel
Kandungan: Ekstrak Chamomile dan Likuoris, Faktor pelembapan semula jadi, Struktur formula yang istimewa dan Haruman menyenangkan.
Keistimewaan:
  • Ekstrak Chamomile dan Likuoris: Berkesan meredakan alergi kulit, mengurangkan kekeringan, gatal-gatal dan ketidakselesaan yang lain.
  • Faktor pelembapan semula jadi: Kulit badan akan kehilangan lembapan ketika kita mandi, faktor pelembapan semula jadi yang menyerupai faktor pelembapan badan dapat memperkuat daya pengekalan lembapan kulit supaya ia tidak menjadi kering.
  • Struktur formula yang istimewa: Mudah dibersihkan, kulit tidak akan berasa berminyak selepas mandi.
  • Haruman menyenangkan: Haruman wangi yang dirumus dengan penuh teliti, menjadikan mandian anda suatu nikmat yang menyeronokkan.
Cara:
Sesuai untuk semua jenis kulit.

Tuangkan gel mandian secukupnya di atas span, tuala mandi atau tapak tangan, naikkan buihnya dan sapukan pada seluruh badan, bilas bersih.














Vcare Body Lotion
Kandungan: Minyak penjagaan kulit, Vitamin E, Asid Hialuronik dan Vitamin B5.
Keistimewaan:
  • Minyak penjagaan kulit: Mengandungi pelbagai minyak tumbuhan yang berkesan, termasuklah minyak kacang Hawaii, minyak zaitun, minyak biji anggur, minyak bunga matahari dan minyak avokado yang dapat meningkatkan daya serapan kulit terhadap losen badan, mengelakkan kulit daripada menjadi kering; pada masa yang sama melegakan alergi dan gatal-gatal kulit. Losen ini juga mempunyai kesan antioksidan dan dapat menggalakkan pembaharuan tisu kulit.
  • Vitamin E: Dapat melindungi kulit daripada ancaman sinar ultraungu dan pencemaran udara, mencegah penuaan kulit.
  • Asid Hialuronik: Mempunyai fungsi mengekalkan lembapan dan memulihkan keadaan kulit dengan amat berkesan sekali, meningkatkan daya pengekalan lembapan kulit dan menjadikan kulit lembut dan licin.
  • Vitamin B5: Memperbaik tisu, menjadikan kulit cerah dan berseri.
Cara:
Sesuai untuk semua jenis kulit.

Sapukan di seluruh badan dan tangan selepas mandi, ataupun pakai sahaja pada bila-bila masa.














Vcare Hair Nourish Cream
Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Aloe Barbadensis yang sangat pekat, minyak Jojoba, vitamin E dan B5, ekstrak Chamomile, Rosemary, Sage, Nettle dan teh hijau.
Keistimewaan:
  • Nano-Ganoderma Lucidum: Kandungan Polisakarida, Triterpenes, Protein mikro molekul, Adenosina, Vitamin A, B, E dan elemen surih dapat merapikan kulit kepala secara mendalam, menyelaraskan rembesan minyak dan mempergiatkan keaktifan folikel.
  • Aloe Barbadensis: Mempergiatkan peredaran darah di kulit kepala, menghilangkan radang, mengaktifkan sel, mencegah pembentukan kelemumur serta merangsang akar rambut untuk mempergiatkan pertumbuhan rambut.
  • Minyak Jojoba: Menjaga kesihatan rambut, memperbaiki rambut yang bersifat kasar, mempergiatkan pertumbuhan rambut baru, juga dapat mencegah rambut bercabang dan masalah kelemumur.
  • Vitamin E: Dapat meresapi kulit yang kering dan cedera dengan segera, memperbaiki rambut secara dalaman, menambahkan kandungan air dan menghalang elektrostatik, menjadikan rambut lebih lembut selepas dicuci.
  • Vitamin B5: Membekalkan khasiat yang diperlukan oleh tisu-tisu rambut, menjaga rambut supaya tidak dicederakan oleh faktor-faktor luaran.
  • Chamomile / Rosemary / Sage / Nettle: Preskripsi berkualiti untuk menjaga rambut dan menghilangkan kelemumur, berkesan untuk menghilangkan bau, menentang bakteria, menyelaraskan kesihatan kulit kepala dan memperbaiki masalah kelemumur.
  • Teh hijau: Berkesan untuk anti-oksidan, menentang kuman dan mencegah kelemumur.
Cara Penggunaan:
  • Digunakan ke atas rambut yang kering: Sapukan terus di hujung rambut untuk memperbaiki rambut yang kering dan kasar, mencegah rambut bercabang atau patah.
  • Digunakan ke atas rambut yang basah: Digunakan sebagai perapi selepas rambut dicuci, urutkan kulit kepala sebelum dibilas air. Ia dapat melembapkan rambut dan memperbaiki kualiti rambut.














Vcare Refreshing Body Gel
Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Aloe Barbadensis yang sangat pekat, ekstrak Chamomile dan ekstrak Ginkgo Biloba.
Keistimewaan:
  • Nano-Ganoderma Lucidum dan Aloe Barbadensis: Dapat menghapuskan radikal bebas, mencegah penuaan kulit, mengekalkan kemudaan dan kesihatan kulit.
  • Ekstrak Chamomile: Dapat membersih dan merapikan kulit.
  • Ekstrak Ginkgo Biloba: Dapat mempergiatkan peredaran darah.
  • Penambahan Fitoderm semula jadi dapat membebaskan tekanan, menentang alah dan bakteria, menghilangkan bau busuk. Ia memberi rasa yang segar dan nyaman kepada anda selepas mandi.
  • Mempunyai nilai pH5.5 yang sama sesuai untuk kulit. Ia membawa rasa yang lembut dan selesa kepada kulit selepas mandi.
Petua:

Keadaan Yang Perlu Dielakkan Semasa Mandi

Suhu air yang terlalu tinggi: Walaupun cuaca di sini panas sepanjang tahun, ramai orang masih mandi dengan air panas, terutamanya pada hari hujan, waktu pagi atau malam. Air panas dapat menghilangkan rasa ketidakselesaan sejuk, namun juga boleh menghilangkan kelembapan dari kulit, menimbulkan alah dan pengembangan pembuluh darah. Keadaan yang teruk ialah anda akan berasa gatal di kulit selepas mandi dengan air panas. Oleh demikian, air mandi janganlah terlalu panas. Suhu air yang sesuai ialah 2-3 ℃ di atas suhu badan, iaitu tidak membawa rasa kesejukan kepada anda.

Menggosok dengan keterlaluan: Sesetengah orang suka menggosok badan mereka dengan kuat semasa mandi. Mereka juga menggosok badan dengan tuala yang keras atau kering. Sedangkan cara gesekan kasar ini harus dielakkan kerana ini boleh menyebabkan sumbatan vaskular atau mencederakan kulit. Oleh itu, anda sentiasa dinasihati menggunakan tuala kering yang berfabrik lembut untuk menggosok badan.
Kulit badan mempunyai kelenjar sebum 7 kali ganda kurang daripada kulit di muka, terutamanya bahagian kaki, lengan dan siku di mana kekeringan kulit biasa berlaku. Keadaan itu dapat diperbaiki dengan penggunaan gel mandi yang bersifat pelembab dan perapi. Sebaliknya, bahagian leher dan bahu menjalankan aktiviti sebum dengan kadar yang lebih tinggi di mana pembersihan harus dijalankan secara mendalam untuk mengelakkan pembentukan kutin tua dan kotoran, membawa pori-pori tersumbat dan jerawat.

Info:


Phytoncide - Cara Yang Paling Semulajadi Untuk Membunuh Bakteria

Phytoncide ialah sekumpulan zat aromatik yang keluar dari daun, cabang dan bunga, ia tumbuh di kawasan semak. Sebagai mekanisme tumbuh-tumbuhan untuk mempertahankan diri, ia berupaya menahan mikroorganisma, bakteria dan spora-spora fungus di udara. Bahan ini berkesan untuk menjaga kulit kerana ia bersifat natural. Pada zaman dahulu, ia digunakan sebagai penawar untuk membunuh bakteria, menghilangkan kepenatan, merangsang saraf autonomik dan menenangkan emosi. Ia tidak menghapuskan bakteria yang baik untuk badan kita, sebaliknya memberi banyak kebaikan yang dapat mengekalkan kesihatan dan menguatkan pertahanan badan. 














Greenzhi Toothgel
Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Ekstrak Neem, Aloe Vera yang pekat, Xilitol dan Klorofil.
Keistimewaan:
  • Nano-Ganoderma Lucidum: Triterpenes dalam Lingzhi dapat mengawal mutan streptokokus menghasilkan dekstran, seterusnya mencegah plak dan kerosakan gigi. Polisakarida pula dapat mempergiatkan peredaran darah tisu-tisu di gusi, juga dapat mengaktifkan mukosa oral untuk menjaga kesihatan mulut.
  • Ekstrak Neem: Dapat mengelakkan gigi menjadi kuning dan dapat memutihkan gigi, dapat mencegah pendarahan atau kesakitan gusi dan mulut berbau .Ia juga dapat mengelakkan radang yang disebabkan oleh kerosakan gigi, mencegah kemerebakanny serta menyihatkan gusi, mencegah mulut berbau dan ulser mulut.
  • Aloe Vera: Dapat memperbaiki permukaan gusi, membunuh bakteria dan mencegah karang gigi. Ia sangat berkesan untuk mengekalkan kebersihan mulut.
  • Xilitol: Xilitol bersifat manis, segar dan berhaba rendah. Ia tidak mudah menghasilkan bahan berasid kerana penapaian mikroorganisma, jadi dapat mencegah pembentukan streptokokus plak. Kandungan yang berkualiti dapat mencegah kerosakan gigi.
  • Klorofil: Dapat mencegah pendarahan gusi, mulut berbau, juga dapat menguraikan sisa makanan di dalam celah-celah gigi untuk menjaga kebersihan mulut. Ia berkesan untuk meredakan keadaan sensitif di gusi.
  • Gel semula jadi: Gel yang lutsinar dan semula jadi dapat mengurangkan geseran semasa memberus gigi, seterusnya mengelakkan kecederaan enamel.
  • Agen pembuih semula jadi: Menggunakan agen pembuih yang diekstrak daripada kelapa dan jagung. Ia bersifat natural, lembut, selamat dan tidak beracun. Ia juga berkesan untuk menentang bakteria dan mencegah kerosakan gigi.
  • Pudina semula jadi: Berbau segar dan tidak pedas. Ia sesuai digunakan untuk sekeluarga.
Info:

Bagaimanakah plak gigi terbentuk?

Plak gigi merujuk kepada satu lapisan filem nipis di gigi. Ia meliputi bakteria dan mikroorganisma lain, menyediakan ekologi yang sesuai untuk pertumbuhan, pembiakan dan penghapusan bakteria. Oleh itu, toksin dihasilkan, diikuti dengan berbagai-bagai hasil sampingan metabolik yang menyebabkan tindakan terus kepada gusi, akibatnya radang berlaku di gusi (gingivitis) lalu menyebabkan masalah periodontitis. Tujuan kita memberus gigi tiap-tiap hari ialah untuk menyingkir plak gigi dan mengekalkan kebersihan mulut.

Apakah tartar?

Plak gigi terbentuk jika gigi tidak diberus dengan sepenuhnya. Ia berkembang menjadi mukus yang tebal dan filem yang kasar dengan perlahan-lahan, bergabung dengan mineral dalam air liur, kemudian mengapur kepada tartar atau kalkulus gigi. Oleh kerana tartar membentuk satu lapisan yang keras di permukaan gigi, ia tidak boleh ditanggalkan dengan memberus gigi seperti biasa, tetapi memerlukan bantuan doktor gigi dengan menggunakan alat yang khas.